Pages

AKU AKAN MENGANTUK TIME BELAJAR SEBELUM WAKTU REHAT

Sejak-sejak ni aku mengantuk sangat dalam kelas .. lebih-lebih lagi sekarang ni tgh bulan puasa kan .. adoii ..! susah betul aku nak concentrate .. terkebil-kebil aku menahan mata ni .. asyik kena tegur dgn cikgu adnan .. teguran tu da lar berunsurkan jenaka .. terkena je aku ni ..huh ! nasib-nasib ..




so, aku de sikit tips untuk menghilangkan ngantuk dalam kelas :


1.sediakan sebaldi air, untuk buat basuh muka kalau mengantuk..

2.angkat tangan, kemudian suruh cikgu ulang apa yang dia ajar..ulang langkah ini untuk beberapa kali sehingga anda dapat pelempang dari cikgu.

3.main miskol-miskol dalam kelas..kalau ada nombor telefon cikgu boleh jugak miskol cikgu..pastikan cikgu tak save nombor telefon anda.

4.set dengan kawan,kalau siapa tidur dia kena pelempang..insyaAllah, kalau anda rasa pipi anda tebal dan kuat,anda boleh tidur.

5.keluar pergi ambil angin kat luar,10 minit sebelum kelas habis baru masuk ..

6.main conteng-conteng atas meja...kalau meja kayu, elok buat seni ukir..kalau ada kekasih buat lah "i love u si polan"

7.kalau ada handphone canggih-canggih online lah facebook..kemudian update status "saya sedang online dalam kelas"..tapi pastikan korang tak berkawan dengan cikgu kat facebook.

8.sekejap tengah fikir..

9.bayangkan kalau cikgu lelaki yang mengajar sebagai REMY ISHAK ..pasti anda akan tersenyum sorang-sorang bagi yang perempuan 

10.bagi lelaki sila lah bayang LISA SURIHANI sedang bercakap kat depan .. or DIANA DANIEL ..

11.kalau dah mengantuk sangat korang tidur jelah..hahaha

cukuplah tu..aku rasa macam dah banyak sangat aku mengarut ..so kalau korang nak betul-betul hilangkan rasa mengantuk dalam kelas..bacalah doa kepada yang beragama islam..daripada apa yang aku cari dekat internet aku jumpa artikel yang menyatakan ayat yang boleh dibaca untuk hilangkan rasa mengantuk iaitu sepotong ayat daripada ayat Qursi




“LA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

bagi non-muslim dan yang muslim juga alternatif lain mungkin korang boleh makan gula-gula ke..minum air masak banyak-banyak..tak pun bawak bekal air nescafe ke kopi ke..kasi kaw-kaw holiao ..baru cerah bijik mata..hehehe

* sebenarnya tips2 ni aku copy dari kwn blog aku .. huhuhu .. kantoi !

No comments:

Post a Comment